Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)
YAN, 27 April (Malaysiaaktif) – Ketibaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi memberikan keceriaan dan sinar baharu kepada 20 orang anak-anak yatim dari lima mukim di Daerah Yan.
“Saya menyeru kepada semua untuk turut sama membantu YASYSH bagi menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim ini agar masa depan mereka sentiasa terpelihara terutamanya yang masih berada di bangku sekolah,” ujar Pegawai Daerah Yan, Mohd Shubhi Abdullah dalam ucapannya, di sini semalam.
Penaung Diraja Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH), Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun telah berkenaan menyampaikan sumbangan tersebut.
-ZS-