Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

PEDi Lahirkan 1,466 Usahawan di Negeri Sembilan

By 16 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution/Mohd Khairulnizam (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 15 April (Malaysiaaktif) – Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) telah diwujudkan di seluruh negara bagi memperkasa kegiatan ekonomi digital khususnya di luar bandar.

Terdapat 51 PEDi di Negeri Sembilan yang berfokus untuk meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti setempat dan memberi pendedahan kepada kemahiran digital agar semua penduduk, tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi berupaya menyertai serta mengambil peluang dalam ekonomi.

“Pelbagai program disediakan untuk membantu usahawan kecil memulakan perniagaan atau meningkatkan permintaan terhadap produk mereka”, ujar Khairilnaim Osman, Pengarah Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Sembilan ketika menyampaikan taklimat semasa Majlis Iftar bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), di Klana Resort Seremban, hari ini.

Tambahnya lagi, PEDi telah melahirkan seramai 1,466 usahawan aktif di Negeri Sembilan yang menjalankan perniagaan secara atas talian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda