Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/RTM Labuan
LABUAN, 19 April (Malaysiaaktif) – Sedekad Jelajah Ramadan Stesen Radio RTM meraikan golongan yang kurang berkemampuan melalui aktiviti kunjung ziarah serta menyampaikan bantuan agar tidak tersisih terutama dalam menyambut bulan Ramadan dan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Pengarah Penyiaran Labuan, Aminah Samsudin Mohd, Dengan tema Berkat Ramadan, LABUANfm dengan Kerjasama Majlis Agama Islam (MAIWP) Labuan dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Labuan berkunjung ziarah ke lima buah rumah asnaf serta menyampaikan sumbangan tajaan QSR.
“LABUANfm turut menyantuni 18 orang anak-anak yatim daripada Kompleks Darul Kifayah, MAIWP Labuan dan menyumbang juadah berbuka puasa Nasi Katok di 10 buah masjid dan surau,”jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
-ZS-