Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Menyemarak Cinta Membaca Al-Quran

By 20 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzilawati Kamarudin (Seremban)

PAROI, 19 April (Malaysiaaktif) – Seramai 325 orang peserta telah menghadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan bersempena Ramadan 1443H/2022H yang bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.

“Sesuai dengan Hari Nuzul Quran pada hari ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengadakan program ini bagi menyemarakkan lagi nilai kecintaan membaca Al-Quran di kalangan ummat Islam. Bukan itu sahaja, JHEAINS juga telah menganjurkan Webinar Qiraat Antarabangsa dengan menjemput ahli panel dari Mesir untuk menjayakan objektif tersebut,” kata Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli ketika ditemui media di majlis tersebut.

Majlis anjuran bersama JHEAINS dan PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan mendapat sambutan yang baik daripada penyertaan orang awam dari sekitar Negeri Sembilan. Peserta turut menerima senaskah Al-Quran dan Terjemahan.  Turut hadir dalam program ini adalah Penaung PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda