Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

JKM Melaka Terus Komited Ringankan Beban Rakyat

By 29 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah) 

ALOR GAJAH, 29 April (Malaysiaaktif) – Seramai 248 orang kurang berkemampuan dirai dalam satu Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen Alor Gajah, di sini semalam.

Program yang diadakan setiap tahun ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Melaka untuk terus membantu meringankan beban rakyat dan memberi keceriaan kepada mereka agar hari raya pada tahun ini dapat disambut dengan penuh kegembiraan.

Menurut Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka Datuk Kalsom Noordin sumbangan Aidilfitri ini sama seperti sumbangan yang disalurkan pada perayaan Krismas, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Ia membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal Zahari Abd. Kalil dan ADUN Gadek, VP Shanmugan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda