Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Lembaga TH Pelunas Zakat Perniagaan Terbesar Melaka

By 29 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairunnisa Abd Rahman/FB Istana Melaka  (Melaka Tengah)

MELAKA, 29 April (Malaysiaaktif) – Pusat Zakat Melaka menerima kutipan zakat perniagaan daripada 14 agensi korporat berjumlah RM5,603,630.28 yang diserahkan oleh wakil-wakil agensi kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam yang mewakili Zakat Melaka, di sini baru-baru ini.

Lembaga Tabung Haji (TH) yang merupakan pelunas zakat utama menyerahkan zakat terbesar berjumlah RM3,407,150,75 melalui Pengarah Wilayah Selatan, Dato Mohammad Mokhzani Mukhtar.

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ini juga turut menyaksikan lafaz akad pelunas zakat peribadi daripada Datuk Wira Radhuana Salleh yang mewakili dirinya sendiri berjumlah RM100,005.00.

Turut hadir sama dalam majlis ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Wira Mohd Rawi Mahmud.

-ZS-

Tinggalkan komen anda