
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Alor Setar)
ALOR SETAR, 1 April (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKNK) melalui Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) Negeri dan Pejabat Kesihatan Negeri telah memeriksa 764 premis di daerah Kota Setar dalam Operasi Bersepadu Mega bertujuan memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), pada Rabu dan Khamis lalu.
Menurut Pengarah JKNK Dr Othman Warijo, operasi ini melibatkan seramai 109 orang anggota daripada pelbagai agensi.
“Semua premis telah diperiksa di bawah kesalahan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.
Operasi itu turut turut mengeluarkan 202 notis kesalahan dengan tawaran kompaun bernilai RM50,200 dibawah kesalahan PPKHT, manakala melalui kesalahan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit sebanyak 52 notis kesalahan telah dikeluarkan dengan jumlah kompaun bernilai RM51,000.
-ZS-