Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Remaja 13 Tahun Jadi CEO Perniagaan Coklat

By 1 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzaima Ibrahim/Janifer Stanis (Sabah)

Kota Kinabalu, 1 April (Malaysiaaktif) – Seorang remaja berusia 13 tahun mampu memiliki empayar perniagaan sendiri berasaskan coklat.

Usahawan cilik merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coco Loko, Arman Idrizam, 13, melahirkan rasa gembira kerana impiannya untuk menjadi pengusaha snek berasaskan coklat menjadi kenyataan.

“Setakat ini, Coco Loko telah menghasilkan sembilan jenis produk berasaskan coklat. Antaranya Granola Blast, Sweat and Salty Cocoa Nibs, Sweat and Spice Cocoa Nibs, Armand Cookies dan beberapa lagi.

“Keuntungan dari setiap jualan akan digunakan bagi mengusahakan projek hijau seperti tanaman pokok, pemuliharaan batu karang dan paya bakau,” katanya ketika ditemui semasa Pameran Hala Tuju Sabah Maju Jaya di Pusat Konvensyen  Antarabangsa Sabah (SICC), baru-baru ini.

Menurutnya, penggunakan koko hasil tanaman pekebun tempatan secara tidak langsung dapat membantu petani-petani kecil meraih pendapatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda