
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/RTM Labuan
LABUAN, 1 April – Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus berperanan menyampaikan mesej dan agenda negara kepada masyarakat.
Menurut Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Aminah Samsudin Mohd, tema sambutan Hari RTM ke-76 iaitu ‘Terus Unggul’ yang disambut hari ini menunjukkan jenama RTM masih diterima rakyat.
“RTM terus berusaha mengekalkan kedudukan dalam dunia penyiaran sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat. Begitu juga LABUANfm yang telah 36 tahun ke udara di pulau ini,”menurut satu kenyataan RTM Labuan hari ini.
Tambahnya, pelbagai program di lokasi dan siaran radio diatur bagi memeriahkan sambutan Hari RTM di Labuan.
“Acara kemuncak adalah Sambutan Hari RTM Ke-76 telah berlangsung di Laman Paadian dengan pelancaran Pasukan Sukarelawan Tindak Balas Pertahanan Awam (CDERT) Keluarga Malaysia, Pelancaran Program Ramadan dan Lagu Tema bertajuk Terus Unggul nyanyian Syamel,”menurut kenyataan itu lagi.
-ZS-