Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jom Baca Bersama 10 Minit

By 9 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)/Politeknik Nilai

SEREMBAN, 8 April (Malaysiaaktif) – Norma baharu ketika ini tidak menjadi penghalang kepada kejayaan Program Jom Bersama Untuk Membaca 10 Minit yang telah diadakan di Politeknik Nilai.

Pengarah Politeknik Nilai, Wan Zulkifly Wan Zakaria berkata Program Jom Baca seumpama ini telah memberikan impak yang positif kepada seluruh warga Politeknik Nilai (PNS) mengenai kepentingan membudayakan amalan membaca di dalam kehidupan.

“Program ini akan dijadikan sebagai amalan berterusan oleh warga PNS amnya dan perlu diteruskan kerana mampu menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan ilmu terhadap masyarakat umum pada masa kini. Program ini juga amat menarik dan unik kerana ketika seluruh dunia masih berhadapan dengan penularan wabak Covid- 19, namun program ini masih tetap dapat dijayakan” katanya ketika di dalam ucapan di akhir program tersebut.

Beliau telah meluangkan masa bersama dengan Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP) beserta staf sokongan telah mengikuti Program Jom Baca Bersama 10 Minit anjuran Pusat Sumber Politeknik Nilai. Program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan dapat menjana pemikiran semua.”

Program ini selaras dengan strategi Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat mengikut perkara 4.7.5 iaitu : “ untuk menanam dan menggalakkan minat membaca”. Dasar ini pula menyokong matlamat Dasar Buku Negara iaitu memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti.

-ZS-

Tinggalkan komen anda