Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pegawai Syarak dan Sahabat Masjid Cina Melaka Dirai

By 10 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Jabatan Mufti Negeri Melaka (Melaka Tengah)

KRUBONG, 8 April (Malaysiaaktif) – Pegawai syarak dan sahabat Masjid Cina telah menerima sumbangan dari Yang Dipertua Negeri Melaka dalam Program Mufti Bersama Umara’ bagi tahun 1443H/2022M.

Program anjuran Jabatan Mufti Negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah diadakan di Masjid Cina, Melaka hari ini.

Semasa program yang berlansung pada hari jumaat YB Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohammad Al-Bakri telah menyampaikan bacaan khutbah Jumaat bertajuk “Amalan Terbaik Sepanjang Ramadan” semasa program, serta tazkirah Ramadan oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, Noor Amali @ Muhammad Dhiya’uddin Ab Rahim Al-Hafiz.

Di samping itu, Ahli Jawatankuasa Masjid Cina dan Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada para jemaah yang hadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda