Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

DYMM Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mencemar Duli Menyantuni Anak-Anak Tahfiz

By 9 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida Md Nor Aidi/Muhd Naim Mohd Shaari (Jempol)

JEMPOL, 8 April (Malaysiaaktif) – Bertempat di Masjid Kariah Kg Serting Tengah DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bersama anakanda mencemar duli untuk bersama-sama dengan penduduk setempat bagi menunaikan solat jumaat serta menyampaikan sumbangan kepada anak-anak serta pelajar tahfiz Darul Ta’in yang hadir bagi meraikan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

DYMM Tuanku juga sempat beramah mesra bersama jemaah yang hadir dan ianya merupakan kenangan indah serta perkongsian masa yang sangat bermakna buat ahli jemaah dan penduduk disini.

Lazimnya, pada setiap tahun DYMM Tuanku serta anakanda akan mengunjungi sebanyak mungkin kawasan-kawasan yg dibawah lingkungannya untuk bersama dengan rakyat jelata.

-ZS-

Tinggalkan komen anda