Laporan/foto: Andi Abdul Rohim/Husney Hamid (Manjung)
BERUAS, 15 April (Malaysiaaktif) – Sekolah Kebangsaan Dendang telah dipilih dalam Program My Healthy Garden 2022, anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak.
Menurut guru besar sekolah tersebut Razali Abu Nor, kawasan sekolah yang kondusif amat bersesuaian untuk tanaman pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.
“Projek dimulakan pada penghujung tahun 2021 ini telah berjaya menanam pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kubis, bunga kubis, lobak, tomato, sawi, anggur dan lain-lain.
“Aktiviti pertanian seperti ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk bertani, mengenali pelbagai jenis tumbuhan dan mencintai alam sekitar,” katanya.
My Healthy Garden merupakan sebuah program yang bermatlamat melestarikan alam sekitar, disamping menerapkan rasa cinta warga sekolah terhadap tumbuh-tumbuhan.
-ZS-