Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jasa Wira Tidak Didendang Dikenang

By 15 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ku Nurul Sham Ku Isa (Langkawi)

LANGKAWI, 15 April (Malaysiaaktif) – Sempena kemuliaan bulan Ramadhan, seramai 100 orang  wira tidak didendang diraikan oleh Kerajaan Negeri Kedah di Masjid Riyadzussolihin, Ayer Hangat, di sini semalam.

Menteri Besar Kedah Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir untuk menyampaikan sumbangan kepada guru-guru al-Quran, bidan kampung, tukang urus jenazah, penggali kubur dan bomoh patah.

“Betapa besarnya jasa insan-insan yang diraikan ini kepada masyarakat dan pentingnya peranan mereka di dalam kehidupan kita sejak dari lahir hingga penghujungnya.

“Saya berharap agar apa yang dipesan pada hari ini, akan jadi pencetus kesedaran kita untuk mengenang jasa mereka yang sangat berbudi ini,” ujar beliau lagi.

Beliau turut berdoa agar wira-wira ini dikurniakan usia yang panjang dan kesihatan yang berkekalan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda