Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kembara Meraikan Golongan Kurang Bernasib Baik

By 18 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek/Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

SUNGAI UDANG, 18 April (Malaysiaaktif) – Jabatan Agama Islam Melaka dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah, Rakan Siswa Yadim Melaka telah menganjurkan satu program Kembara Iktikaf Ramadan Belia Melaka (IKTIRAB) untuk meraikan anak-anak yatim dan miskin PAYASUM di Paya Rumput dan golongan asnaf di Tanjung Kling.

Menurut pegawai Jabatan Agama Islam Melaka, Mohd Arif Arifin,42, objektif utama program ini adalah untuk meraikan golongan kurang bernasib baik di bulan yang mulia ini disamping mengajak dan mendidik para belia terutamanya golongan mahasiswa agar lebih dekat dengan aktiviti kemasyarakatan.

Pergerakan konvoi bermula di Kompleks Jabatan Agama Islam Melaka menuju ke Rumah anak yatim dan miskin PAYASUM sererusnya ke Majid Bilal bin Rabah Tanjung Kling.

Antara aktiviti yang di jalankan dalam program tersebut adalah edaran sumbangan kit makanan, taklimat isu semasa peralihan fasa endemik, hebahan unit bergerak Jabatan Penerangan, aktiviti tahsin ibadah, membersihkan kawasan masjid dan edaran bubur lambuk.

-ZS-

Tinggalkan komen anda