Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Komuniti Keluarga Malaysia Tok Leman 1 Lendu Raikan Ramadan Bersama Penduduk

By 18 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizul Adzhari (Alor Gajah)

LENDU, 18 April (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Tok Leman 1 Lendu dan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka telah menganjurkan program bersama penduduk di Taman Seri Lendu, di sini baru-baru ini.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah gotong-royong membuat bubur pulut hitam dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Shahrom Ravin Daram berkata, dengan adanya komuniti seperti ini ianya dapat mengeratkan hubungan antara kaum dan juga pelbagai peringkat umur di kawasan ini.

“Kerjasama antara agensi kerajaan dan KKM ini ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah, usaha ini akan terus dipergiatkan,” ujarnya.

Turut hadir dalam merasmikan program ini adalah Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Melaka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda