Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

JAPERUN dan Jabatan Penerangan Giat Promosi SOP Endemik COVID-19

By 18 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 18 April (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan
Undangan Negeri (JAPERUN) Kuala Linggi dan Pejabat Penerangan Daerah Alor
Gajah menerusi inisiatif bersama telah menjalankan kempen promosi SOP endemik COVID-19 kepada penduduk DUN Kuala Linggi, di sini baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Rosli Abdullah, program ini adalah salah satu usaha kerajaan negeri menerusi JAPERUN bersama agensi kerajaan pusat bagi memastikan penduduk memahami dan menghayati prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan setelah negara beralih kepada fasa endemik mulai 1 April yang lepas.

“Dalam mendepani wabak
COVID-19 dan seluruh rakyat perlu mengetahui dan menghayati SOP yang telah ditetapkan bagi
memastikan kesihatan dan kesejahteraan hidup bersama wabak penyakit ini,” ujarnya.

Hadir sama, Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Salina Hasan @ Abd Rashid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda