Laporan/foto: Muhammad Arief (Pahang)
CAMERON HIGHLANDS, 8 April (Malaysiaaktif) – Bahasa tidak menjadi penghalang dalam usaha menyebarkan dakwah dan menegakkan syiar Islam di kalangan masyarakat setempat.
Di Kampung Orang Asli Kuala Boh, khutbah Jumaat dibaca dan disampaikan dalam Bahasa Suku Kaum Semai.
Menurut Imam Dua Surau Kampung Orang Asli Kuala Boh, Manaf Bah Busu, aktiviti dakwah di kampung ini bukan sahaja tertumpu kepada penduduk kampung, malahan juga di kalangan penduduk kampung berdekatan.
“Surau di sini telah hampir 14 tahun diiktiraf dan dinaiktaraf kepada masjid dan kami bersyukur kerana dapat melakukan ibadah Solat Jumaat di sini,” ujarnya.
Perkampungan Orang Asli Kuala Boh mempunyai lebih 600 orang penduduk dan merupakan kampung Orang Asli pertama di Cameron Highlands.
-ZS-