Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Al-Quran Bukan Setakat Dihafal Tetapi Dipraktikkan

By 18 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor (Setiu)

SETIU, 18 April (Malaysiaaktif) – Umat Islam di negara ini di seru agar tidak hanya menghafal Al-Quran semata-mata, namun ia perlu dipraktikkan dalam kehidupan umat Islam seharian.

Penceramah agama bebas merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa, berkata demikian ketika menyampaikan takzirah pada Majlis Berbuka Puasa Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan di Masjid Kampung Fikri, di sini baru-baru ini.

“Umat Islam juga perlu membaca ayat-ayat suci secara tertib dan tartil agar dapat menghayati erti sebenar ayat suci kalamullah khususnya dalam suasana kita menyambut Hari Nuzul Al-Quran pada bulan Ramadan yang penuh barakah,” kata Fauzi lagi.

Pada majlis tersebut turut diadakan bacaan tahlil dan doa selamat serta solat maghrib, isyak dan solat sunat terawih yng turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir serta Pegawai Daerah Setiu, Rosli Latif.

-ZS-

Tinggalkan komen anda