Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 7 April (Malaysiaaktif) – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan membuat persiapan awal bagi memastikan bekalan bahan mentah semasa musim perayaan stabil.
Menurut Pengarahnya, Junaidah Arbain, pihaknya sudah melakukan gerak kerja bermula hujung Februari lalu dengan melibatkan pelbagai pihak.
“Kita libatkan Perbadanan Labuan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang bertanggungjawab ke atas bekalan bahan-bahan mentah seperti daging, ayam, telur untuk pastikan tiada bekalan yang terputus.
“Jika berlaku sebarang bekalan yang terputus kita sudah ada pasukan yang akan bertindak balas dengan segera,” katanya yang ditemui selepas menyertai Ops Pantau KPDNHEP di Bazar Ramadan Labuan Walk, petang semalam.
-ZS-