Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sektor Pelancongan Kesihatan Kembali Rancak di KPJ Johor

By 7 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Hospital Pakar KPJ Johor (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 7 April (Malaysiaaktif) – Dengan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April yang lalu, permintaan pesakit dari luar negara bagi mendapatkan rawatan kesihatan daripada pakar perubatan di negara ini kembali rancak terutama di Hospital Pakar KPJ Johor, Johor Bahru.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Azhar Abdullah ketika ditemui semalam, kemudahan fasiliti yang baik dan berteknologi tinggi terutamanya untuk rawatan onkologi, kardiologi, perkhidmatan reproduktif dan radioterapi menjadi antara faktor utama mereka lebih yakin untuk mendapatkan rawatan di sini.

“Selain kemudahan yang canggih dan pakar perubatan terbaik di negeri ini, rata-rata pengunjung dari Indonesia khususnya ingin mendapatkan rawatan di KPJ Johor kerana pihak hospital turut menyediakan pakej rawatan berpatutan termasuk penginapan di hotel terpilih sekitar Johor Bahru,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda