Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)
SIMUNJAN, 14 April (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Willie Mongin menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Mini Pemprosesan Koko dan Jalan Ladang di Rumah Panjang Unga, Kampung Ketimbong, Sebuyau, Simunjan, di sini, semalam.
“Industri koko berpotensi untuk diperkembangkan kerana Malaysia adalah antara salah satu negara pengeluar koko yang terbesar di dunia,” menurut Willie.
Beliau turut menyeru pekebun koko untuk menyertai Koperasi Koko Sarawak dengan yuran keahlian hanya RM100.
“Koperasi akan membeli hasil mentah koko daripada para petani dan menterjemahkan dalam bentuk dividen serta bonus selain dapat menikmati keuntungan,” tambahnya lagi.
-ZS-