Laporan/foto: Jeanne J Som/Johnny Kimlon (Sabah)
KOTA KINABALU 14 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 1,020 pek bubur lambuk diagih Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada pengunjung Bazar Ramadan Lintasan Deasoka, baru-baru ini.
Mayor DBKK, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, pengagihan bubur lambuk itu merupakan acara tahunan bersama Syarikat Nestle Sdn Bhd pada bulan Ramadan.
“Namun berbeza pada tahun ini, Persatuan Bulan Sabit Merah yang memasak bubur lambuk dengan bahan-bahan disediakan oleh Maggi dan beras ditaja oleh Sazarice,” ujarnya.
“Kesemua bazar Ramadan mematuhi kawalan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan. DBKK turut bekerjasama dengan Bank Negara dalam memperkenalkan pembayaran tanpa tunai di hampir semua lokasi bazar Ramadan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya lagi.
-ZS-