Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)
KEMAMAN, 12 April (Malaysiaaktif) – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berharap agar masyarakat akan lebih menghayati keindahan bulan Ramadan.
“Masyarakat perlu memperbanyakkan ibadat seperti membaca al-Quran di bulan yang penuh keberkatan ini.
Hanafiah dalam ucapannya berharap agar hubungan yang lebih akrab dapat dilakukan di antara kakitangan awam dengan pemimpin-pemimpin setempat.
Beliau bercakap demikian di Majilis Anggota Agensi Kerajaan di Daerah Kemaman Beriftar Bersama ADUN Cukai, di sini semalam.
Seramai 100 orang dari pelbagai agensi kerajaan hadir pada majlis tersebut.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid, ADUN Kemasik Ir. Saiful Azmi Suhaili, Pegawai Daerah Kemaman, Ahmad Farhan Abd Wahab, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Ahmad Nazwawi Harun dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kijal, Hazri Jusoh.
-ZS-