Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Bazar Ramadan Simpang Empat Kembali Mendapat Sambutan

By 12 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

ARAU, 12 April (Malaysiaaktif) – Bazar Ramadan Simpang Empat di Perlis mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat sejak ia beroperasi pada hari pertama Ramadan tahun ini.

Seorang peniaga bazar Halimah Ismail, 62, ketika ditemui menyatakan rasa syukur dengan kebenaran kerajaan untuk mengadakan bazar Ramadan.

“Perniagaan kami mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Tiada lagi sekatan rentas negeri oleh pihak berkuasa turut membolehkan penduduk dari negeri Kedah untuk datang membeli,” katanya.

Menurut seorang pengunjung bazar, Rosmadi Romli, 35, banyak kelonggaran diberikan oleh pihak kerajaan ketika negara beralih daripada fasa pandemik di ke fasa endemik.

“Syukur kerana pergerakan untuk membeli juadah berbuka kini lebih mudah berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Tinjauan mendapati peniaga dan pengunjung bazar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan sentiasa memakai pelitup muka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda