Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Golongan Asnaf Terima Bantuan Sempena Ramadan

By 12 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 12 April (Malaysiaaktif) – Golongan asnaf di daerah Batu Pahat menerima sumbangan bantuan wang tunai serta bakul makanan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Yayasan Makmur Batu Pahat sempena menyambut bulan Ramadan.

Menurut salah seorang penerima, Hasimah Abu, 70, beliau bersyukur terpilih menerima sumbangan ini sekaligus dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan keluarganya memandangkan beliau seorang suri rumah.

Sumbangan telah disampaikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu Program Sumbangan Ramadhan 2022 dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Batu Pahat, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda