Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pelajar Cemerlang UPKK, Anak-anak Yatim dan Pegawai Syarak Dirai

By 18 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Melaka)

RIM, 18 April (Malaysiaaktif) – Pelajar-pelajar cemerlang UPKK, anak-anak yatim dan pegawai syarak di sini diraikan dalam program Semarak Ramadhan di Masjid As-Sajidin, Simpang Kerayong, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Rim Datuk Khaidirah Abu Zahar berkata, majlis tersebut diadakan bagi mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia.

ā€œSemoga program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan,ā€ katanya.

Seramai 96 orang pelajar cemerlang UPKK tahun 2021, 50 orang anak-anak yatim dan pegawai syarak menerima sumbangan.

Antara sumbangan yang diterima mereka ialah sijil simpanan pendidikan nasional (PTPTN), barang keperluan dan wang tunai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda