Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Unsur Kerohanian dalam Sambutan Ulang Tahun ke-19 MBMB

By 18 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)/MBMB

BUKIT PALAH, 18 April (Malaysiaaktif) – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah menganjurkan Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yassin Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-19 Bandaraya Melaka Bersejarah di Masjid Al-Azim, di sini baru-baru ini.

Menurut Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal bin Hj. Abu, unsur kerohanian diterapkan pada sambutan kali ini selari dengan bulan suci yang sedang diraikan oleh umat Islam.

“Sumbangan RM2 ribu kepada pengurusan masjid adalah bagi mengimarahkan program-program di masjid.

“Ianya menjadi salah satu objektif utama penganjuran majlis ini,” katanya.

Penyampaian sumbangan kepada 100 orang pelajar tahfiz Pondok Darul Ulum Al Arabiyyah Al Islamiyyah, Pulau Gadong turut diadakan.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda