Laporan/foto: Mohd Hairie Izwan Awang (Hulu Terengganu)
HULU TERENGGANU, 6 April (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan kempen tiada beg plastik dan penyedut minuman fasa dua yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu baru-baru ini kini dipergiatkan di Bazar Ramadan Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Pemberian beg kain kepada pengunjung bagi menggantikan penggunaan beg plastik sedikit sebanyak membantu kelancaran kempen ini.
Menurut seorang pengunjung bazar, Khalid Mamat, 76, pemberian beg kain boleh digunakan untuk mengisi juadah yang dibeli di bazar,
“Beg kain juga mampu membantu mengurangkan penggunaan beg plastik,” katanya lagi.
Program pemberian beg kain menggantikan beg plastik yang dilaksanakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh turut disertai Ahli Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu.
-ZS-