Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Duta Komuniti Terus Berkhidmat Demi Masyarakat

By 22 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham Azmi (Pahang)

JERANTUT, 22 April (Malaysiaaktif) – Duta Komuniti yang dilantik sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan pematuhan SOP Fasa Peralihan Endemik sentiasa dipatuhi oleh masyarakat.

Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Pulau Mansok, Efendi Abdul Razak berkata Duta Komuniti sendiri terdiri daripada kalangan masyarakat.

“Duta Komuniti memainkan peranan penting terutama di peringkat masyarakat kerana ianya lebih dekat dan mereka adalah individu di kalangan masyarakat itu sendiri,”katanya ketika ditemui di program anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Jerantut dan Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Pulau Mansok, di sini, semalam.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Jerantut, Azrul Azham Azmi dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kg. Pulau Mansok, Mohamad Saidi Din.

-ZS-

Tinggalkan komen anda