Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya/Nur Hafif Zainurdin (Hulu Langat)
AMPANG, 15 April (Malaysiaaktif) – Program Iftar Jama’ie yang julung kali dianjurkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Padang Pandan Indah, di sini menarik perhatian masyarakat sekitar untuk berbuka puasa.
Yang Di-Pertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim, berkata lokasi bersebelahan pasar juadah Pandan Indah itu turut menarik perhatian masyarakat bukan Islam.
“Urusetia menyediakan tikar, kurma dan air mineral secara percuma setiap hari disamping kemudahan tandas dan surau,” katanya ketika ditemui di lokasi semalam.
Seorang pengunjung, Muhamad Izuan Ramli, 29, berkata beliau dan isteri telah dua berbuka di situ kerana kemudahan yang disediakan amat selesa dan berharap ianya diteruskan pada masa hadapan.
-ZS-