Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

RM692 Ribu untuk Skim Bantuan Am Perubatan MAIWP di Labuan

By 23 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/MAIWP Labuan

LABUAN, 23 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM RM692,600.00 diperuntukkan untuk Skim Bantuan Am Perubatan MAIWP di Labuan.

Menurut Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Mohd Ajib Ismail, bantuan perubatan itu antaranya kos pembedahan fistula, katarak mata dan perubatan berbentuk bulanan seperti pemberian susu kesihatan, lampin pakai buang dan insulin berjumlah RM447,000.00

“Manakala peralatan kesihatan secara one off seperti kerusi roda, mesin oksigen, tilam ripple matress, katil hospital, kaki palsu dan lain-lain berjumlah RM95,000.00 dan Bantuan Khas Kanak-Kanak OKU berjumlah RM150,000.00 secara bulanan,” katanya semasa merasmikan Program Penyampaian Sumbangan Kepada Pesakit di Hospital Labuan bagi tahun 2022.

Jelasnya, MAIWP memperuntukkan sebanyak RM50,000.00 kepada Tabung Kebajikan Hospital bagi membiayai tambang pergi balik ke luar Labuan dan membiayai kos perubatan seperti kos pembedahan dan kos pembelian peralatan perubatan pesakit.

“Bantuan kewangan sebanyak RM18,000.00 juga diagihkan kepada 180 orang pesakit hospital Labuan bagi meringankan beban untuk menyambut ramadhan pada kali ini,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda