Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Advokasi JPJ dan Komuniti dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya

By 23 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)

SERKAM, 21 April (Malaysiaaktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dengan kerjasama pelbagai agensi antaranya AADK, Pejabat Penerangan Daerah Jasin, MAYC, KBS dan AJK Surau Abdul Ghani telah melaksanakan program Keselamatan Jalan Raya Dan Agihan Bubur Lambuk bertempat di Surau Abdul Ghani, Pulai baru-baru ini.

Menurut M.N Hishammudin M.Zin, Ketua Bahaigan Korporat dan Keselamatan Jalan Raya, JPJ Melaka, program ini merupakan salah satu program yang dilaksanakan bersempena hari raya Aidilfitri yang bakal tiba. Ini kerana setiap kali musim perayaan banyak kes-kes kemalangan yang berlaku melibatkan kehilangan nyawa.

“Program ini dilaksanakan bersama-sama dengan komuniti setempat, agensi kerajaan dan swasta serta NGO dalam program yang berbentuk Corporate Social Responsibility (CSR) iaitu memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya apabila berada di atas jalan raya,” ujar M.N. Hishammuddin lagi.

Pada tahun ini juga program CSR dapat dilaksanakan di tiga daerah dalam Melaka dan di Jasin dua tempat berbeza iaitu di Serkam dan Rim.

Turut diadakan penukaran helmet lama kepada baru, pemberian ves keselamatan dan agihan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda