Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Peniaga Bazar Ramadan Diingatkan Untuk Titikberatkan Kebersihan

By 16 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fitri Halim (Pahang)

BERA, 16 APRIL (Malaysiaaktif) – Peniaga di Bazar Ramadan di Pahang diingatkan untuk menitikberatkan kebersihan khususnya dalam penyediaan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Datuk Sri Norolazali Sulaiman berkata, para peniaga perlu mengambil kira soal kebersihan penyediaan makanan bagi mengelakkan kes keracunan makanan.

“Peniaga juga perlu mematuhi SOP penyediaan makanan dan diharapkan pihak Jabatan Kesihatan dapat membuat pemantauan di bazar-bazar Ramadan bagi memastikan peniaga mematuhi garis panduan yang ditetapkan,” katanya.

Namun, ujar beliau, penguatkuasa perlu memberi nasihat dan teguran terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kompaun kerana memahami situasi sekarang yang mana peniaga sedang bangkit selepas pandemik COVID-19 melanda dunia.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Walkabout Kempen Keselamatan Makanan Di Bazar Ramadan Peringkat Negeri Pahang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda