
Laporan/foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah)
ALOR GAJAH, 25 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 18,500 pek bubur lambuk telah dihasilkan dan diedarkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Negeri Melaka kepada komuniti dan pelbagai agensi kerajaan sempena Program Semarak Perpaduan “Masak-Masak Bubur Lambuk, Ikatan Perpaduan Terus Dipupuk”, di sini kelmarin.
Menurut Pengarah Perpaduan Integrasi Nasional Negeri Melaka Intan Suhana Yusuff program tersebut julung kali diadakan dan dijayakan serentak di lebih 3000 KRT seluruh negara.
“Ianya mendapat kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan seperti Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Akademi Laut Malaysia dan Kelab Kebajikan Dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Turut hadir Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem dan ADUN Ayer Limau Datuk Hameed Myhteen Kunju Basheer.
-ZS-