Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

KRT Teluk Ketapang Rai Ibu Tunggal, Asnaf dan Anak Yatim

By 25 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Tengku Saifulah Tengku Mohamed/Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 25 April (Malaysiaaktif) – Seramai 150 ibu tunggal, golongan asnaf dan anak yatim diraikan dalam satu majlis berbuka puasa dan sumbangan Aidilfitri di Majlis Ifftar Ramadan Komuniti Sejahtera, Teluk Ketapang, di sini semalam.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang Md Azmi A.Aziz berkata program ini menjadi platform perjuangan persatuan berkenaan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan.

“Program ini bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik serta menyuburkan semangat kesukarelawan dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Tambah beliau, KRT Teluk Ketapang ikhlas membantu golongan ini supaya mereka juga dapat meraikan Ramadan dan menyambut Aidilfitri dengan penuh bermakna.

-ZS-

Tinggalkan komen anda