Laporan/foto: Fakhri Nor/Azmie Ngah (Pahang)
ROMPIN, 25 April (Malaysiaaktif) – Minggu Penghayatan Kefahaman Islam dan Membudayakan Amalan Membaca Al-Quran menarik minat pelbagai lapisan usia dengan penganjuran pelbagai aktiviti dan program.
Menurut Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Zulkarnain Daud, program ini mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan persatuan penduduk.
“Program ini dianjurkan bagi menggalakkan masyarakat kembali ke masjid untuk menuntut ilmu dan mendalami ajaran islam.
“Kita sedang dalam perancangan untuk menjadikan masjid sebagai satu pusat sehenti dengan pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan,” katanya.
Antara aktiviti yang mendapat sambutan menggalakkan adalah Liga Futsal Ramadan, Tazkirah Ramadan, Pertandingan Hafazan Kanak-kanak dan Pertandingan Malam Tujuh Likur.
-ZS-