Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

SKM Melaka Santuni Media

By 8 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 8 April (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama Exco, Jabatan Penerangan dan Pengamal Media, di sini semalam.

Majlis tersebut diadakan bagi menyantuni dan meraikan para pengamal media serta mengimarahkan hubungan dan kerjasama antara media dan SKM.

Menurut pengamal media, Asrul Edzuandy majlis berbuka puasa ini memperlihatkan bahawa SKM menghargai jasa dan pengorbanan pihak media dalam membantu memasarkan maklumat dasar kerajaan kepada rakyat terutama inisiatif dan peranan SKM dalam memperkasakan ekonomi rakyat melalui koperasi.

“Hari ini ramai pihak media hadir dan pasti mereka juga merasa dihargai dan berterima kasih,” ujarnya.

Turut hadir Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi  Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda