
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 15 April (Malaysiaaktif) ā Tiga buah pusat tahfiz di pulau itu menerima sumbangan bernilai RM117,200.50 sempena Program Semarak Kasih yang disampaikan sendiri olehĀ Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, semalam.
Menurut kenyataan rasmi Perbadanan Labuan, tiga pusat tahfiz tersebut adalah Maahad Tahfiz Al Quran Al Badr, Kampung Lubok Temiang, Madrasah Tahfiz Seri Merinding, Kampung Layang-Layangan dan Pusat Bimbingan Tahfiz Quran Al Ummi, Kampung Kerupang.
āPihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah menyalurkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM100,000.00 berbentuk pembelian barangan elektrik, peruntukan RM 10,000 bagi setiap pusat tahfiz dan bantuan wang tunai kepada para pelajar,āmenurut kenyataan itu.
Selain itu, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) turut menyampaikan sumbangan berbentuk barangan makanan kering bernilai RM14,200.50 selain peruntukan penyediaan juadah makanan berbuka puasa kepada semua pelajar dan pengurusan Maahad tahfiz bernilai RM 3,000 daripada Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan (JAWI).
-ZS-