Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/MPS
SELAYANG, 15 April (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meneruskan inisiatif pelestarian alam sekitar dan kempen kitar semula di kalangan penduduk Selayang dengan melaksanakan Program Kitar Semula Minyak Masak di Bazar Ramadan.
Pegawai Perhubungan Awam MPS, Ahmad Fauzi Ishak, berkata ia memberi peluang kepada orang ramai dan peniaga menjual minyak masak terpakai kepada pihaknya harga RM1.50 sekilogram.
“Orang ramai dan peniaga hanya perlu membawa minyak masak terpakai di ‘booth’ kitar semula MPS yang dibuka bermula pukul 3 petang hingga 7 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, sehingga kini MPS telah menerima 47 kilogram minyak masak terpakai daripada orang ramai dan peniaga.
-ZS-