Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Cawangan Ar-Rahnu Pertama Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad

By 4 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto: Mastika Hablum (Melaka)

ALOR GAJAH, 4 April (Malaysiaaktif) – Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad telah menambah satu lagi perniagaan dengan pembukaan cawangan Ar-Rahnu pertama koperasi yang terletak di Taman Bandar Baru, Masjid Tanah, baru-baru ini

Perasmian cawangan yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dijangka dapat meningkatkan perolehan koperasi seterusnya dapat memberi pulangan berbentuk dividen kepada 4500 anggota yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan Negeri Melaka.

Koperasi ini dinobatkan koperasi terbaik di Negeri Melaka dan telah disenaraikan dalam 100 Koperasi Terbaik Malaysia dalam tahun 2020 dan berada di tempat ke-43.

-ZS-

Tinggalkan komen anda