Laporan/foto: Malini Md Yunos (Rembau)
REMBAU, 14 April (Malaysiaaktif) – Wanita khususnya suri rumah dan ibu tunggal mesti berani menjana pendapatan sendiri menggunakan pelbagai platform keusahawanan, masakan, e-dagang atau bakeri.
Menurut Pengurus Pusat Komuniti Desa Pedas, Siti Norhasnida Abdul Malek, ianya bagi menonjolkan kebolehan dan kelebihan diri walaupun usaha itu bermula dari rumah.
“Kursus ini mendapat sambutan dalam kalangan wanita di sekitar Rembau. Diharapkan peserta dapat menjana pendapatan berlipat kali ganda selepas menyertai kursus ini,” katanya.
Seramai 25 orang suri rumah dan ibu tunggal telah menghadiri Kursus Pembuatan Biskut Raya Premium Nastar anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan, di sini baru-baru ini.
-ZS-