Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Berbuka Puasa Sekampung Iftar Jam’ie Imbau Memori Lama

By 11 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh/Azreen Ahmad (Jasin)

MERLIMAU, 11 April (Malaysiaaktif) – Program Berbuka Puasa Sekampung Iftar Jam’ie di Dataran Orang Kampung, Merlimau, Melaka anjuran Japerun Merlimau baru-baru ini telah mendapat sambutan orang ramai.

Menurut Akmal Saleh, Ahli Dewan Undangan Kawasan Merlimau, program ini dianjurkan bertujuan mengembalikan nostalgia lama kepada generasi baru ini bahawa keseronokan berkumpul ramai-ramai adalah satu suasana yang tidak dapat dilupakan selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama manusia.

“Program yang julung kali diadakan mengajak orang kampung bersama-sama berbuka puasa secara santai dengan membawa juadah sendiri,” ujarnya.

Selain itu, Pejabat Penerangan Daerah Jasin turut serta membuat hebahan berkaitan prosedur operasi standard (SOP), membuka reruai dan mengedarkan bahan penerbitan kepada orang ramai.

Turut hadir Datuk Seri Ahmad Hamzah, Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki dan Datuk Wira Ghazalee Muhammad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda