Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Data Tepat Membantu Penentuan Dasar Negara

By 26 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini hanapiah/Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 26 MEI (Malaysiaaktif) – Setiap data dan maklumat akan dijadikan panduan bagi penggubalan dasar-dasar negara yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Perlis Wan Mohmad Hanif Wan Adnan berkata justeru itu adalah penting untuk setiap data yang diberikan adalah tepat.

“Survei yang sedang diadakan di seluruh negara termasuk Jabatan Perangkaan negeri Perlis adalah survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA 2022), Survei Ekonomi Tahunan (AES 2022, TR 2021 dan beberapa survei lain,” katanya.

Beliau berkata demikian di program Tanggungjawab Sosial Korporat kerjasama Unit Transfusi, Hospital Tuanku Fauziah bertempat di UTC Kangar, di sini semalam. Program diadakan sempena Sempena Hari Statistik Negara yang akan disambut pada 20 Oktober ini.

Dalam program tersebut Jabatan Perangkaan juga telah menyediakan reruai pameran kepada orang awam yang hadir untuk mengakses capaian portal rasmi dan penerbitan terbaru jabatan itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda