Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka)/Jabatan Pertanian Negeri Melaka
MELAKA, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Tiada isu kekurangan bekalan ayam di negeri Melaka.
“Pengeluar ayam menuntut subsidi jualan ayam yang tinggi dimana telah menunjukkan tiada permasalahan dari segi isu bekalan ayam,” kata Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Melaka Abdul Razak Abd Rahman.
Menurut beliau lagi kos harga barang yang meningkat tidak menjejaskan pembekalan ayam kerana terdapat 18 ladang ternakan ayam di negeri Melaka dan mampu mengeluarkan kapasiti yang boleh menampung permintaan pembeli.
“Tular mengenai bekalan ayam yang tidak mencukupi namun masyarakat setempat terutama penduduk Negeri Melaka tidak perlu risau kerana negeri ini merupakan salah satu pengeluar telur dan ayam terbesar di Malaysia,” tambah beliau ketika merasmikan Program Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Ladang Peringkat Daerah Melaka Tengah, di Dewan Serbaguna Komuniti Telok Mas, di sini baru-baru ini.
-ZS-