Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Hampir 1000 Penyertaan Diterima Bagi MSL 2022 Peringkat Negeri Perlis

By 28 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 28 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Majlis Sukan Negeri Perlis bersama persatuan-persatuan sukan sukan peringkat negeri akan menganjurkan Malaysia Sports League 2022 (MSL 2022) yang bermula hari ini sehingga 12 Jun.

MSL 2022 ini melibatkan pelbagai jenis sukan antaranya sukan iaitu futsal lelaki/wanita, bola keranjang lelaki/wanita, sepak takraw, bola jaring dan badminton berpasukan.

Majlis perasmian Malaysia Sports League Peringkat Negeri Perlis 2022 telah berlangsung di Gelanggang Serbaguna, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.

Majlis telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Seruandi Saad yang mewakili Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis.

“Kami mengharapkan belia di bawah kumpulan B40 dari pelbagai kaum menyertai pertandingan ini dan MSL 2022 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM 25,700.00.

Hampir seribu orang telah berdaftar untuk menyertai kejohanan ini dan perlawanan akan di adakan pada hujung minggu di beberapa buah gelanggang,” tambahnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda