Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Seramai 59,134 Layak untuk Bantuan Skim Peka B40 Bagi Negeri Perlis Masih Belum Membuat Saringan Kesihatan

By 28 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 28 Mei (Malaysiaaktif) – Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pasangan mereka yang telah berdaftar disediakan oleh kerajaan melalui Protect Health bagi membantu rakyat yang layak daripada kumpulan B40 untuk membuat saringan kesihatan.

Menurut Ketua PeKa B40 Perlis, Amir Bedin, penerima BKM yang berumur 40 tahun ke atas di saran untuk memeriksa tahap kesihatan secara percuma di hospital kerajaan dan swasta yang berdaftar dengan Peka B40.

“Penerima manfaat tidak akan di kenakan bayaran untuk menjalani pemeriksaan fizikal dan ujian di bawah Skim PeKa B40 dan manfaat PeKa adalah Saringan Kesihatan Percuma, Bantuan Alat Perubatan, Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser dan Insentif Tambang Pengangkutan,” tamabahnya lagi.

Seramai 9,895 telah menerima manfaat skim tersebut dan terdapat 59,134 penerima bantuan PekA yang masih lagi belum membuat saringan kesihatan di negeri ini.

Semakan kelayakan sebagai penerima boleh di buat di lama web : www.pekab40.com.my.

-ZS-

Tinggalkan komen anda