Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Suntik Semangat Warga Kerja MPPD

By 28 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/MPPD

PORT DICKSON, 28 Mei (Malaysiaaktif) – Pelancaran lagu korporat rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson, (MPPD) telah diadakan bersempena Ulangtahun ke-20 MPPD di Dewan MPPD Port Dickson semalam.

Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa berkata, sejak 20 tahun yang lalu MPPD tidak mempunyai lagu rasmi yang dianggap sebagai satu identiti bagi MPPD.

“Harapan saya dengan adanya lagu korporat ini akan menjadi satu suntikan semangat kepada warga MPPD untuk lebih komited, tekun, amanah dan bertanggungjawab kepada kerja,” katanya ketika Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MPPD sempena Pelancaran Lagu Korporat Rasmi di Dewan MPPD di sini, semalam.

Tahun 2022 ini merupakan tahun genap MPPD sebagai Majlis Perbandaran dan kemuncak kepada sambutan ulangtahun ke-20, MPPD berhasrat untuk mengibarkan benderanya di puncak Gunung Kinabalu yang dijadualkan pada bulan Oktober ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda