Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Institusi Keluarga Labuan akan Diperkasakan Melalui Program ‘Outreach’ LPPKN

By 30 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Institusi keluarga di wilayah itu akan diperkasakan melalui program kekeluargaan dan program ‘outreach’ bersama komuniti setempat.

Menurut kenyataan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah, program itu bagi menyantuni kumpulan sasar Keluarga Malaysia serta mengukuhkan keprihatinan dan program intervensi kepedulian keluarga menerusi Sambutan Hari Ibu Bertemakan Kasih Ibu Selamanya.

“Pelaksanaan kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) juga akan dipergiatkan bagi menyantuni semua golongan sasar wanita melalui Program Pusat Keluarga Bergerak (PKB) LPPKN.

“Perlaksanaan program ‘outreach’ ini membawa bersama perkhidmatan sokongan keluarga yang lain seperti perkhidmatan saringan kesihatan, perancangan keluarga, khidmat nasihat kaunseling keluarga bagi kesejahteraan mental dan program kesejahteraan remaja iaitu KafeTEEN, Taklimat Bantuan Khas Perbendaharaan NGO, LPPKN Care serta perkhidmatan kaunter bergerak,” menurut kenyataan itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda