Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Karnival Sukan Laut Ceriakan Penduduk Pohon Batu

By 30 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Pelbagai pengisian dalam Karnival Sukan Laut Tertutup menceriakan hari cuti bagi penduduk Kampung Pohon Batu.

Menurut Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, program seumpama itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung.

“Saya ucapkan tahniah kepada penganjur kerana sambutan penyertaan amat memberangsangkan dan diharap penganjuran program sebegini dapat diteruskan di masa hadapan.

“Tahniah juga kepada penganjur yang masih mengekalkan tradisi budaya seperti pertandingan menunda sotong, mengambur dan memancing menggunakan kaedah tradisional,” katanya semasa merasmikan majlis penutupan program itu semalam.

Antara pengisian karnival itu adalah acara sukaneka, gerai jualan, pertandingan memancing pesisir pantai selain mengambur dan menunda sotong yang diadakan secara tradisional.

-ZS-

Tinggalkan komen anda